Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pengangkutan, Chung Yi Fan (kanan) dan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pengangkutan, Lim Swee Kuan (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat mengenai isu pihak yang menawarkan lesen terbang kepada orang awam melalui media sosial di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 22 JUN 2018.
Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pengangkutan, Chung Yi Fan (kanan) dan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pengangkutan, Lim Swee Kuan (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat mengenai isu pihak yang menawarkan lesen terbang kepada orang awam melalui media sosial di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 22 JUN 2018.

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis berhubung sindiket pengeluaran ‘lesen terbang’ dan ‘lesen gerenti lulus’ yang menggunakan media sosial sebagai platform untuk menarik perhatian pengguna bagi mendapatkan lesen tanpa perlu menghadiri khusus dan ujian memandu.

Laporan yang dibuat Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementerian Pengangkutan, Chong Yi Fan selepas menerima aduan tentang sindiket yang semakin berleluasa itu dan ia bukan sesuatu baharu.

Menurut Yi Fan, beliau turut terpanggil selepas melihat iklan-iklan lesen terbang secara terbuka dan tidak mengikut lunas undang-undang, malah isu ini sudah lama menghantui kerajaan sebelum ini.

“Lesen terbang ini bertentangan dengan undang-undang, saya telah membuat laporan polis tentang perkara ini kerana apa yang ditawarkan ini boleh didapati tanpa ujian serta latihan seperti termaktub.

“Ada segelintir pihak yang mendakwa mereka boleh menawarkan perkhidmatan mendapatkan lesen tanpa menduduki apa-apa ujian dengan membekalkan dokumen Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Dengan tawaran wang antara RM990 sehingga RM2,990, dikatakan seseorang pengguna boleh mendapatkan lesen pelbagai kelas. Kita mahu pihak polis siasat sindiket yang dilakukan dengan begitu terbuka.

“Kita tidak boleh sesekali membiarkan perkara seperti ini berlaku terutamanya selepas kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, kita telah meminta kerjasama oleh pihak berkuasa untuk menangani kes ini dan memastikan ianya tidak berleluasa seperti cendawan tumbuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang turut ditemani oleh Setiausaha Akhbar Menteri Pengangkutan, Lim Swee Kuan.

alt MGF22062018_REPORTPOLISIPDPETALINGJAYA_06
Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pengangkutan, Chung Yi Fan pada sidang media selepas membuat laporan polis mengenai isu pihak yang menawarkan lesen terbang kepada orang awam melalui media sosial di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 22 JUN 2018.

Yi Fan mengulas tentang laporan muka depan akhbar berbahasa Cina mengenai sindiket yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menjalani ujian JPJ yang tersebar di media sosial terutama Facebook.

Tambah Yi Fan, beliau yang tidak mahu menuding jari kemungkinan ada pegawai JPJ membantu mendapatkan lesen terbang, sebaliknya memberikan kepercayaan penuh kepada polis untuk menyiasatnya dengan telus.

“Biar polis siasat, saya tidak mahu memberi apa-apa komen menjurus ke arah itu, sebaliknya pihak berkuasa akan menyiasat dari pelbagi sudut.

“Malah pada minggu hadapan, JPJ akan membuat satu sidang media bagi membuat pengumuman tentang isu lesen terbang ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast