TERKINI : Bakal Jemaah Haji Kumpulan Pertama Berlepas 14 Julai

Bakal jemaah haji kumpulan pertama Malaysia untuk musim haji 1439H/2018 yang akan menunaikan rukun Islam kelima itu dijadual berlepas ke tanah suci pada 14 Julai ini.

“Sebanyak 30,200 jemaah haji Malaysia dijangka berlepas ke Tanah Suci secara berperingkat menerusi 81 penerbangan sewa khas oleh Malaysia Airlines dan Flynas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).