Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Seri Mah Siew Keong dan barisan kepimpinan tertinggi bersorak sambil mengangkat tangan sebagai tanda simbolik perasmian pada Persidangan Perwakilan Nasional 2017 ke-46 Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 NOVEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) setelah mengambil kira suasana politik semasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)

Gerakan berkata, sentimen dan maklum balas akar umbi juga diambil kira dalam mebuat keputusan itu.

“Jawatankuasa Pusat Gerakan yang bermesyuarat hari ini sebulat suara memutuskan untuk meninggalkan Barisan Nasional.

“Keputusan ini diambil selepas berbincang dan menimbang secara serius keadaan politik semasa negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Pada 12 Jun lalu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP), meninggalkan gabungan itu untuk membentuk pakatan baru dikenaliGabungan Parti Sarawak (GPS).

Keputusan itu diambil susulan pertimbangan dan penilaian perkembangan politik semasa dalam negara selepas pilihan PRU14.

Menurut Gerakan, kini pemilihan di peringkat cawangan sedang dilakukan dan ia sejajar dengan sasaran untuk menyatukan ahli dan parti itu.

Gerakan percaya keputusan tersebut merupakan keperluan untuk parti melaksanakan pengembaraaan politik baharu dengan kebebasan, kuasa dan tuntuan dalam mengejar apa yang terbaik untuk Malaysia dan warganya, iaitu kesaksamaan dan penyatuuan Malaysia

Tambah parti itu, keputusan untk keluar BN itu sejajar dengan aspirasi, keperluan dan permintaan baharu rakyat selepas PRU14 dan perlu melakar haluan baharu untuk mengekalkan perjuangannya.

“Kami meninggalkan BN dalam suasanan yang baik, Gerakan akan memainkan peranan sebagai parti bebas dalam blok pembangkang untuk menawarkan keseimbangan kepada kerajaan Pakatan Harapan dan akan menjadi pembangkang yang konstruktif,” katanya.

Gerakan berkata, ia akan bekerjasama dengan parti, individu dan kumpulan yang sealiran dengannya untuk kepentingan negara dalam menegakkan dan mempertahankan perlembagaan negara, undang-undang dan demokrasi Malaysia. – MalaysiaGazette