Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi selepas mengadu kesakitan pada tulang belakang.

Keluarganya dalam kenyataan di sini berkata, para doktor sedang memantau dan menilai keadaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.

“Keluarganya bersama beliau pada saat ini dan mengucap terima kasih di atas doa dan sokongan yang diterima,” kata kenyataan itu.

Anwar juga telah dinasihat agar tidak menerima pelawat ketika beliau sedang menerima rawatan dan pemantauan hospital. – MalaysiaGazette