Mahkamah Majistret di sini, hari membenarkan permohonan pihak polis untuk menggali semula kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Jun lalu.

KUALA LUMPUR – Laporan siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan yang terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara diserahkan kepada polis.

Ketua Pengarah JBPM Mohammad Hamdan Wahid berkata siasatan bersama pasukan Polis DIraja Malaysia (PDRM) menemui beberapa ‘input’ baharu dan sampel tertentu telah dibawa ke makmal forensik JBPM di sini untuk siasatan lanjut.

“Siasatan terperinci dijalankan melalui dua kaedah iaitu secara saintifik dan unit pengesan K9 JBPM… hasil siasatan akan dikeluarkan oleh pihak polis,” katanya pada sidang media sempena lawatan rasminya di Ibu Pejabat JBPM Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya masih bekerjasama dengan polis sekiranya terdapat perkembangan terbaharu berhubung kes berkenaan.

Pada 14 Jun lepas, Nazrin ditemukan maut setelah terperangkap dalam satu kebakaran di tingkat atas rumahnya di Mutiara Damansara dengan kesan kebakaran sebanyak 30 peratus di badannya.

Dalam perkembangan lain, Mohammad Hamdan berkata JBPM Kuala Lumpur sedang memantau hampir 700 bangunan yang berisiko tinggi menghadapi kebakaran setakat ini bagi memastikan peraturan keselamatan kebakaran dipatuhi.

“Pemilik bangunan seperti bangunan pejabat, komersil, hotel dan bangunan kerajaan perlu mendapatkan sijil perakuan bomba untuk beroperasi bagi menjamin keselamatan orang ramai.

“Kita akan menghantar notis kepada pemilik premis yang gagal mengemukakan sijil perakuan bomba ketika pemeriksaan dijalankan dan kegagalan pemilik untuk mendapatkan sijil berkenaan boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341),” katanya.

Mereka perlu memenuhi syarat piawaian sistem keselamatan antaranya loceng kebakaran, pili bomba dan pemercik api bagi memperoleh sijil perakuan bomba.

— BERNAMA

CEO Cradle maut dalam kebakaraan

Letupan telefon bimbit punca kematian CEO Cradle Fund