Mohamed salah
Mohamed Salah

MOSCOW – Mohamed Salah meminta maaf atas penyingkiran awal Mesir dari kempen Piala Dunia Rusia 2018.

Mesir mengulung tikar lebih awal tanpa mengutip sebarang mata selepas tiga perlawanan di peringkat kumpulan A semalam.

Salah sejak awal kejohanan bergelut dengan kecederaan bahu yang terjadi semasa perlawanan akhir liga juara juara Eropah 27 Mei lalu di Kiev.

Bintang Liverpool itu tidak beraksi pada aksi pembukaan Mesir bertemu Uruguay.

Salah sempat menjaringkan gol tunggal pasukan ke atas Arab Saudi semalam tetapi gagal membantu pasukannya menang aksi terkahir kumpulan itu.

Pemain berusia 26 tahun itu meminta maaf kepada semua peminat bola sepak tanahair yang datang jauh untuk menyatakan sokongan padu sepanjang tiga perlawanan sebelum ini.

Katanya, skuadnya akan kembali semula pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Saya tahu ia satu keputusan yang sukar untuk diterima mereka seperti juga dengan kami.

“Tetapi saya dengan bangga ingin menjelaskan Mesir berjaya layak ke Piala Dunia selepas 28 tahun yang boleh dianggap sebagai pencapaian besar.

“Ada beberapa pemain dalam skuad tidak mempunyai pengalaman yang diperlukan.

“Tetapi kami akan kembali semula pada 2022,” katanya.

Terdapat cadangan kononnya Salah akan bersara dari tugas antarabangsa selepas Piala Dunia kali ini.

Salah kelihatan tidak gembira selepas dikaitkan pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov setelah bergambar dengannya.

Imej Salah bersama pemimpin kontroversi itu tular begitu pantas dalam media sosial sebelum kempen Rusia 208 bermula 14 Jun lalu.

Salah juga didakwa diberikan kewarganegaraan Chechnya oleh Kadyrov yang disifatkan sebagai pencabulan hak asasi manusia oleh netizen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast