TERKINI: Komited Membangunkan Teknologi ke Arah Industri Pertanian – Salahuddin Ayub

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani komited membangunkan teknologi ke arah mengurangkan kebergantungan industri pertanian terhadap import biji benih sayuran dari luar negara.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, satu perbincangan khusus bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) serta beberapa jabatan berkaitan akan diadakan segera bagi mencari jalan bagaimana kebergantungan sehingga 90 peratus kepada benih import itu dapat dikurangkan bagi meningkatkan keupayaan industri pertanian tempatan serta pekebun sayur.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast