TERKINI : Pemegang AP (Approved Permit) Tekan Peniaga – PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa pihak yang mendapat Approved Permit (AP) diberikan keistimewaan sehingga menekan peniaga.

Menyuarakan isu berkenaan dengan keluhan peniaga gula, Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, pemilik AP menindas mereka untuk menyusun rangka kadar keuntungan selain tanggungan kos membawa gula masuk ke negara.

“AP ini boleh jadi sesiapa sahaja kepada orang politik, yang menyokong ke. Yang tidak berniaga barangan itu dan akhirnya memberikan sewa kepada peniaga yang mahu membawa masuk barangan dari luar. Kerana peniaga tu tidak ada AP bukan semua boleh dapat,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.