WASHINGTON – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun melepaskan tembakan dengan sepucuk pistol yang dijumpai terselit pada sebuah sofa di Ikea.

Kanak-kanak itu bertindak demikian selepas beberapa minit bermain dengan pistol tersebut, kata polis.

Namun tembakan yang dilepaskan itu tidak terkena kepada mana-mana orang.

Meskipun, pihak Ikea memohon maaf kepada keluarga kanak-kanak terbabit di atas kecuaian mereka.

Polis berkata, pemilik senjata itu sibuk membeli-belah sehingga tidak menyedari telah tertinggal pistolnya.

Pemilik pistol berkenaan hanya tersedar selepas terdengar bunyi tembakan.

“Kami mempunyai polisi melarang membawa masuk senjata ke dalam kedai untuk mengelakkan perkara seumpama ini berlaku.

“Ikea mengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan,” kata pengurusan Ikea dalam kenyataan.- MalaysiaGazette