Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor

KUALA LUMPUR- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masih diperlukan di dalam menyelaras isu-isu berkaitan Islam dan muslim di peringkat nasional.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd. Noor berpendapat, Jakim perlu dikekalkan asalkan tidak melampaui objektif asalnya apatah lagi menjadi alat politik.

“Jakim masih diperlukan untuk selaraskan pandangan mufti-mufti dalam isu- isu bersifat nasional sebab isu tempatan masih di bawah (majlis agama) negeri.

“Kena ada kordinasi dan diurusetiakan oleh Jakim.

“Pada pendapat saya, Jakim masih perlu selagi tidak melangkaui peranannya. Kalau sudah sampai pergi kempen saya pun tak setuju,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Majlis Penasihat Kerajaan di sini hari ini.

Menurut Wan Salim, persoalan mengenai Jakim tidak ditimbulkan sangat oleh ahli-ahli Majlis Penasihat Kerajaan yang diketuai Tun Daim Zainuddin.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kewangan itu katanya sangat berminat mengenai perbezaan mazhab yang dipegang oleh umat Islam termasuk di Malaysia.

“Mungkin Tun Daim berpandangan mengapa kita terlalu fanatik dengan mazhab sehingga tidak boleh menerima pandangan orang lain,” katanya lagi.

Sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan dikatakan akan menilai semula peranan Jakim yang merupakan salah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast