Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Pelantikan Ahli kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang terlibat dalam pertengkaran di jalan raya telah ditamatkan serta-merta.

Arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan syor Jawatankuasa Pentauliahan Pangkat Kehormat dan Bersekutu Rela yang bermesyuarat pada 25 Jun,” kata Rela dalam kenyataan di sini.

Rela berkata, pelantikan ahli kehormat dan bersekutu adalah pengiktifaran tertinggi jabatan kepada seseorang individu dan mereka perlu mematuhi peraturan dan etika serta tidak menyalahgunakan pelantikan tersebut untuk kepentingan diri sendiri.

Pertengkaran Ahli Kehormat Rela itu tular dalam media sosial baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast