Keadaan dalam Gua Tham Luang yang menjadi lokasi mengesan kehilangan 12 orang pelajar dan seorang jurulatih. foto Guardian

BANGKOK – Sebanyak 13 motosikal terikat di tempat pemegang dan berpasang-pasang kasut bola sepak bertebaran di dalam lumpur ditemui dalam gua yang dipercayai menjadi bukti bahawa para pelajar dan jurulatih bola sepak pernah berada di situ.

Pasukan penyelamat Thailand dan bantuan asing masih menjalankan usaha mengesan 12 pelajar dan jurulatih mereka di terowong gua Tham Luang di utara Thailand.

Mereka dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu selepas menjalani latihan bola.

Usaha mengesan mangsa-mangsa sukar kerana hujan lebat yang menyebabkan gua berkenaan banjir.

Para penyelamat masih menaruh harapan kesemua pelajar yang berusia 11 hingga 16 tahun dan jurulatih berumur 25 tahun masih hidup.

Pelbagai usaha dijalankan termasuk mengepam keluar air secepat yang mungkin.

Malah, pasukan penyelamat juga menggerudi lubang melalui gunung untuk menembusi masuk ke gua berkenaan.

Setakat ini, usaha mencari itu menjadi operasi antarabngsa dengan pembabitkan pasukan dari United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Jepun.

Mangsa-mangsa yang hilang merupakan pelajar dari akademi Moo Pa dipercayai merangkak ke dalam terowong sempit sepanjang 15 meter yang kini dinaiki air sepenuhnya selepas hujan tanpa berhenti sejak enam hari lalu. – MalaysiaGazette