Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan untuk hadir ke Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia, turut hadir Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (kiri) dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (kanan) di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kementah, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 03 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyuarakan harapan agar Perdana Menteri melantik timbalannya dalam masa yang terdekat.

“Memanglah saya menunggu seorang timbalan barangkali Perdana Menteri sedang mencari-cari lagi calon yang sesuai untuk Timbalan Menteri Pertahanan.

“Kita harap Perdana Menteri dapat menamakannya dan melicinkan lagi perjalanan Kementerian Pertahanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Perwira sebentar tadi. 

Beliau juga tidak menolak kemungkinan timbalannya itu merupakan seorang senator. 

“Kalau lewat tu mungkinlah senator,” katanya .-MalaysiaGazette