Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil diiringi pegawai SPRM dan anggota polis ketika hadir untuk pertuduhan di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 04 JULAI 2018
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil diiringi pegawai SPRM dan anggota polis ketika hadir untuk pertuduhan di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 04 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak yang dibawa dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.25 pagi.

Ketibaan kereta yang membawa bekas Perdana Menteri itu disambut oleh laungan Bebaskan Najib dan Allah Selamatkan Kamu.

Najib yang berkot biru kelihatan tenang dan sempat tersenyum ketika namanya dipanggil oleh pengamal media dan para penyokongnya.

Beberapa pemimpin UMNO kelihatan berada dalam perkarangan mahkamah, termasuk Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad, Datuk Puad Zakarshi, Datuk Tajuddin Rahman.

Dianggarkan kira-kira 800 penyokong Najib turut berada di perkarangan kompleks mahkamah itu.

Najib yang dibawa ke mahkamah hari ini akan menghadapi lebih 10 berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd iaitu sebuah anak syarikat kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pasukan pendakwaan terhadap Najib akan diketuai oleh Peguam Negara Tommy Thomas hari ini.

Berdasarkan maklumat, kes tersebut akan disebut dihadapan Hakim Mahkamah Paling Kanan iaitu Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kemudian dijangka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah. – MalaysiaGazette