Piala Dunia
Pemain-pemain England bersorak gembira selepas pasukan mereka menang pada perlawanan menentang Colombia di Stadium Spartak, Moscow awal pagi tadi.

MOSCOW – England mengorak langkah ke suku akhir selepas menumpaskan Colombia 4-3 menerusi penentuan penalti dalam perlawanan awal pagi ini.

Skuad Three Lions itu menang selepas penentuan pada sepakan penalti setelah terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

Dengan kemenangan itu England akan bertemu Sweden pada saingan suku akhir pada Sabtu ini.

Terdahulu, Sweden menewaskan Switzerland 1-0 di Stadium Saint Petersburg dalam satu lagi saingan peringkat kelompok 16 terbaik. – MalaysiaGazette