Kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

KUALA LUMPUR – Pemilihan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Sofian Abd Razak untuk mendengar kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa, dibuat secara rawak.

Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan media hari ini berkata mulai 13 Jun 2017, pendaftaran kes jenayah di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah dilaksanakan secara dalam talian melalui Portal e-Filing Mahkamah (https://efs.kehakiman.gov.my).

Ia berkata, proses pendaftaran ini bermula apabila pihak Pendakwa Raya memfailkan kes mereka di dalam sistem e-Filing dan sistem ini akan membahagikan kes secara rawak kepada hakim-hakim yang mengendalikan kes jenayah.

“Merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn Dato´ Sri Najib bin Haji Abd Razak yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018, pendaftaran dan pembahagian kes telah dibuat secara rawak oleh sistem kepada Mahkamah Tinggi 3, Bahagian Jenayah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ” kata kenyataan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi 3 ialah Hakim Mohd Sofian.

Pada Rabu, Najib, 65, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Sofian atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sebelum ini media melaporkan, Hakim Mohd Sofian perlu menarik diri daripada mendengar kes Najib atas alasan abang kepada Hakim Mohd Sofian mempunyai kedudukan dalam UMNO dan kerajaan Pahang.

— BERNAMA