Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan sambil diiringi Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Pakatan Harapn, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (kiri) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 06 JULAI 2018

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, terpulang kepada Pasukan Pertugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mengenal pasti dan membawa Low Taek Jho balik ke Malaysia.

Perdana Menteri memberitahu, beliau tidak mengikuti perkembangan Jho Low dan tidak tahu di mana dia berada.

“Terpulang kepada mereka yang dipertanggungjawab untuk mengesan dia dan ditugaskan menyiasat masalah-masalah yang disebabkan oleh 1MDB,” katanya pada sidang media di sini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Jho Low dan bekas pengarah SRC International Sdn. Bhd., Nik Faisal Ariff Kamil.

SRC International merupakan anak syarikat 1MDB sebelum diserahkan kepada Kementerian Kewangan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya percaya Jho Low berada di Macau selepas meninggalkan Hong Kong sebaik sahaja Polis Diraja Malaysia tiba di sana untuk mengesannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast