Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam (Bihalim), Dr Amini Amie Abdullah berkata saranan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) menutup sekolah Tahfiz jelas menunjukkan sifat sebenar beliau.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam (Bihalim), Dr Amini Amie Abdullah berkata saranan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) menutup sekolah Tahfiz jelas menunjukkan sifat sebenar beliau. - foto hiasan

KUALA LUMPUR – Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam (Bihalim), Dr Amini Amir Abdullah berkata saranan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) menutup sekolah Tahfiz jelas menunjukkan sifat sebenar beliau.

Menurut Dr Amini, saranan Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Muhajid Yusof Rawa itu jelas menunjukkan kebenciannya kepada institusi dan sekolah tahfiz.

“Beliau begitu pesimis apabila menyatakan bahawa semua sekolah tahfiz di negara ini tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baru Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) merujuk kepada kenyataan Zainudin atau lebih dikenali Zam itu yang mencadangkan kerajaan PH agar menutup semua sekolah tahfiz.

Zam mendakwa sekolah aliran agama Islam itu tidak memberi masa depan kepada generasi baru umat Islam.

“Kenapakah Zam bersikap sebegini?

“Apakah yang menghalangnya untuk menerima hakikat bahawa kebanyakan umat Islam dalam negara ini memilih untuk menghantar anak-anak masing masing ke institusi Tahfiz?” soal Dr Amini.

Dalam pada itu, Perkasa katanya membantah sekeras-kerasnya saranan berkenaan yang dilihat mencabar Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi kebangsaan.

“Perkasa membantah keras pernyataan dan saranan dangkal dan kurang ajar Zam untuk menutup sekolah Tahfiz di Malaysia yang boleh dilihat mencabar aspirasi umat Islam dalam negara ini.

“Salahkah institusi Tahfiz mengamalkan identiti mereka dengan berkopiah dan berjubah? Tidakkah beliau tahu setiap institusi pendidikan mempunyai uniform dan identiti masing-masing,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. zam ni bolih gabung dengan zaid . dulu zaid tak setuju murid sembahyang zohor berjemaah disekolah sebelum pulang .

Comments are closed.