Fernand0 Hierro
Fernando Hierro letak jawatan sebagai jurulatih sepanyol serta merta

MADRID – Fernando Hierro yang membawa Sepanyol ke Piala Dunia Rusia 2018 meletakkan jawatan jurulatih berkuatkuasa hari ini.

Difahamkan beliau tidak akan kembali menjawat jawatan pengarah sukan negara itu yang pernah disandang sebelum ini.

Hierro menggantikan sementara tugas mengemudi la Roja selepas Julen Lopetegui dipecat 12 Jun lalu.

Bagaimanapun juara bertahan 2010 itu balik pulang awal setelah tersingkir menerusi penalti kepada tuan rumah Rusia pada pusingan kalah mati 16 pasukan.

Hierro, 50, membuat keputusan mencari peluang baharu, menurut Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

Lopetegui dipecat dua hari sebelum aksi pembukaan Piala Dunia antara Sepanyol dan Portugal.

Lopetegui dilantik sebagai pengurus Sepanyol pada tahun 2016 selepas persaraan Vicente del Bosque.- MalaysiaGazette