Jumlah warga tua meningkat di Wilayah Liaoning, China. foto SCMP

SHANGHAI – Wilayah Liaoning sedang menimbang untuk menawarkan insentif kewangan bagi mengalakkan rakyat di situ mempunyai banyak anak.

Liaoning telah bergelut untuk memulihkan ekonomi jangka panjang dan kekurangan tenaga kerjanya ekoran peningkatan populasi warga tua.

China Daily berkata, keadaan wilayah itu tidak berubah meskipun kempen untuk ‘meremajakan’ telah dilaksanakan sejak 15 tahun lalu.

Meskipun Liaoning merupakan sebuah wilayah yang paling makmur di China, ia hanya merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.2 peratus tahun lalu berbanding kadar pertumbuhan negara sebanyak 6.9 peratus.

KDNK wilayah itu menyusut kepada 2.5 peratus pada tahun 2016.

China Daily, yang memetik agensi perancangan ekonomi Liaoning sebagai berkata, wilayah itu sedang menimbang untuk menyediakan cukai, pendidikan, keselamatan sosial dan insentif perumahan untuk pasangan yang membuat keputusan untuk mempunyai lebih ramai anak.

Ia juga menawarkan cuti bersalin dan waktu kerja yang lebih fleksibel, kata laporan itu.

Jumlah penduduk tetap Liaoning adalah seramai 43.69 juta pada akhir tahun ini, susut berbanding 43.87 juta pada akhir tahun 2016.

Jumlah warga tua berkembang sebanyak 3.62 peratus pada tahun 2017.

Penduduk yang berusia 60 tahun adalah seramai 22.65 peratus, 5.35 mata peratusan lebih tinggi berbanding data nasional. – MalaysiaGazette