Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bercakap pada sidang media pelancaran program bual bicara Gerakan Kuasa Pengguna Malaysia Kedua di bu Pejabat PPIM, 70X, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2018
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan

KUALA LUMPURĀ – Orang bukan Islam diingatkan agar tidak mencampuri hal ehwal orang Islam khususnya melibatkan hukum-hakam dan kepentingan pendidikan agama khususnya pengajian al-Quran di sekolah tahfiz.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan campur tangan itu hanya menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara.

“Dia (bukan Islam) pun tak faham, buat apa cerita yang dia tidak faham, kalau buat cerita kena faham kalau tidak nampak sangat kita tak pandai.

“Kita berhadap yang melibatkan agama Islam, orang bukan Islam tolong jangan masuk campur, sebab kita pun tak masuk campur dalam hal-hal tidak berkaitan dengan kita,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPIM, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin baru-baru ini yang menyarankan penutupan semua sekolah tahfiz kerana institusi itu tidak memberi harapan kepada generasi baharu Islam.

Nadzim juga berkata, meskipun bukan Islam itu kini sudah menjadi kerajaan, namun ia tidak bukan tiket mereka melakukan sesuatu tindakan yang boleh menguris perasaan dan sensitivit orang Islam.

“Ada kenyataan yang dibuat oleh Speaker DUN Perak mengatakan orang Islam kena hormat orang murtad.

“Bila sudah menang (PRU14) merupakan hasil kerjasama tapi tidak bermakna dengan kemenangan itu dia boleh buat apa saja.

“Kita kena bertanggungjawab, kita tak boleh lepas daripada tanggungjawab. Kita kena ajar rakyat jangan baling batu sembunyi tangan.

“Kalau begitu tubuh kerajaan baru boleh bunuh orang…itu tak boleh,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.