SHANGHAI – Pihak berkuasa China menyiasat selepas sebuah pesawat Air China membuat penurunan kecemasan hingga 10,000 kaki (3,048 meter) hingga menyebabkan topeng oksigen jatuh.

Bagaimanapun, pesawat itu naik semula untuk meneruskan destinasinya.

Pentadbiran Penerbangan Awam berkata, semasa kejadian pesawat Boeing 737 CA106 dalam penerbangan dari Hong Kong ke Dalian dengan 153 penumpang dan sembilan anak kapal.

Tiada kemalangan dilaporkan berlaku dan pesawat tidak mengalami kerosakan.

Pentadbiran Penerbangan Awam negara itus sedang meneliti perakam data penerbangan dan perakam suara untuk mengenal pasti punca kejadian itu.

Pesawat yang turun dari 35,000 kaki hingga 10,000 kaki dalam 10 minit sebagai amalan standard untuk menyahmampatan, menurut data FlightRadar24, kemudian naik dan meneruskan penerbangan pada ketinggian puncak 26,600 kaki berbanding menuju lapangan terbang berdekatan.

Namun, pakar-pakar industri berkata, keputusan untuk pesawat naik semula dan meneruskan penerbangan adalah luar biasa memandangkan topeng oksigen telah digunakan dan terdapat risikopenyahmampatan boleh terjadi selepas bekalan selama 12-20 minit dari topeng oksigen telah digunakan. – MalaysiaGazette