Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia lebih tinggi pagi ini, menyertai kenaikan semalaman di Wall Street, dengan mana momentum belian semalam terus menggalakkan selera pelabur untuk mengambil risiko.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 7.61 mata pada 1,711.18 daripada 1,703.57 penutup Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 7.1 mata lebih tinggi pada 1,710.67.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 196 berbanding 63 manakala 1,519 tidak berubah dengan 1,519 tidak didagangkan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 155.04 juta saham bertukar tangan bernilai RM83.06 juta.

Dalam kalangan kaunter utama, Maybank naik dua sen kepada RM9.52, Public Bank menokok enam sen kepada RM23.06, Tenaga menambah 10 sen kepada RM14.58, Petronas Chemicals naik 14 sen kepada RM8.67, tetapi CIMB susut satu sen kepada RM5.62. – BERNAMA