Luka Modric. Foto Skysports.
Luka Modric. Foto Skysports.

LONDON – Luka Modric hanya selangkah untuk  memenangi anugerah Ballon d’Or walaupun keputusan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 tidak memihak kepada Croatia.

Anugerah Ballon d’Or diberikan berdasarkan kepada undian daripada wartawan antarabangsa, kapten dan jurulatih pasukan kebangsaan yang mengundi calon-calon pemain yang dirasakan telah memberikan prestasi yang sangat mengagumkan untuk tahun sebelumnya.

Modric melalui musim ini dengan cemerlang bersama Real Madrid apabila memenangi Liga Juara-Juara tiga kali berturut-turut dan membawa Croatia ke final Piala Dunia.

Prestasi luar biasa sepatutnya membolehkan Modric diberi pengiktirafan buat pertama kali dan bukannya silih berganti antara Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo sejak 2006 selepas Kaka merangkul gelaran itu.

Modric sentiasa mendapat sokongan di Sepanyol apabila dia telah menjadi tulang belakang kepada Ronaldo di Real Madrid selama sedekad.

Messi hanya mencapai yang terbaik pada La Liga musim lalu membuatkan dia tidak cukup berpotensi dalam saingan itu.

Ronaldo pula telah memilih keluar dari Real dan media di Madrid melihat potensi besar Modric memenangi anugerah selain beberapa sokongan yang tidak dijangka dari Barcelona.

Modric sepatutnya menandatangani kontrak dengan kelab itu pada 2013 dan bukannya membiarkannya berhijrah ke saingan kelab itu.

Jika Modric membantu Croatia memenangi Piala Dunia, dia akan menyertai kumpulan elit iaitu antara lapan pemain yang memberi nilai kepada kelab dan skuad kebangsaan sebelum ini. – MalaysiaGazette