Tan Sri S.A. Vigneswaran
Tan Sri S.A. Vigneswaran

KUALA LUMPUR –  Tan Sri S. A. Vigneswaran dipilih sebagai Presiden MIC baharu bagi penggal 2018-2021 selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Presiden Datuk R.Gobalakrishnan mengumumkan kemenangan itu selepas Vigneswaran tidak dicabar mana-mana anggota parti apabila proses pencalonan ditutup pada 12 tengah hari.

Sebelum ini, bekas Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan tertinggi parti itu.

Vigneswaran yang juga bekas naib presiden parti menerima sokongan daripada 3,616 cawangan MIC di seluruh negara yang terdiri daripada 4,300 cawangan.

“MIC kini dah jadi pembangkang, jadi kita akan adakan perubahan besar-besaran dalam struktur parti untuk menarik sokongan masyarakat India terutama generasi muda.”

“Kita akan meneruskan matlamat asal iaitu perjuangan buat masyarakat India,” katanya ketika ditemui selepas proses pencalonan Presiden di ibu pejabat MIC di sini.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast