Bursa Malaysia

Pada jam 9.03 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.54 mata kepada 1,724.47 daripada penutup Jumaat lalu iaitu 1,721.93.

Indeks berkenaan dibuka 0.72 mata lebih tinggi kepada 1,722.65.

Dalam pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 145 berbanding 51, manakala 152 kaunter lagi tidak berubah, 1,559 tidak didagangkan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah saham adalah sebanyak 54.25 juta unit dengan nilai RM26.15 juta. – Bernama