Seekor jaguar yang terlepas dan membunuh tujuh haiwan lain di Zoo Audubon. foto Agensi

NEW ORLEANS – Seekor jaguar yang terlepas dari kandang di Zoo Audubon di sini telah membaham tujuh ekor binatang lain dalam tempoh sejam.

Valerio diberi ubat penenang selepas membunuh empat ekor alpaca, seekor emu, dua ekor rubah gurun dan mencederakan tiga haiwan lain, menurut The Sun.

Walaupun Valerio mengamuk dalam keadaan yang mengerikan, namun ia tidak akan dibunuh, kata penyelidik zoo, Frank Burks.

“Tidak ada yang akan berlaku kepada jaguar itu. Meskipun malang, tetapi Jaguar itu melakukan apa yang ia perlu lakukan,” kata Burks.

jaguar jungle
Kandang cermin yang menempatkan Valeria di Zoo Audubon. foto Agensi

Jaguar itu dikesan bebas dalam Zoo Audubon kira-kira pukul 7.20 pagi semalam.

Menurut kenyataan, jaguar-jaguar di zoo berkenaan dipelihara di dalam kandang kaca dalam pameran ‘Jaguar Jungle’.

Beberapa haiwan lain seperti alpaca, monyet, kelawar, katak dan tarantula turut berada di kawasan berhampiran.

“Kami masih menjalankan siasatan bagaimana haiwan ini terlepas dan buat masa ini kandang itu akan dikosongkan sehingga semuanya dibaik pulih,” kata zoo itu. – MalaysiaGazette