LONDON – Arsene Wenger mengakui kesilapan besarnya apabila berada terlalu lama bersama Arsenal selama 22 tahun.

Ketika ditemubual oleh RTL, bekas pengurus berusia 68 tahun itu menyifatkan dia seolah berada dalam ‘penjara’ walaupun seorang yang suka cabaran ketika bersma pasukan itu.

“Mungkin berada di kelab yang sama selama 22 tahun. Saya adalah seorang yang suka aktif tetapi juga sukakan cabaran.

“Saya telah berada ‘dipenjara’ dengan cabaran sendiri ketika itu,” katanya yang berkongsi pengalam 22 tahun bersama The Gunners.

Wenger meninggalkan Stadium Emirates musim lalu selepas dua dekat berada di sana dengan merakam rekod tiga trofi Liga Perdana, tujuh Piala FA dan rekod tanpa kalah musim 2003-04.

Sehingga kini, dia belum pasti masa depan kariernya pada musim akan datang walaupun menerima banyak tawaran. – MalaysiaGazette