Foto Instagram Zarina Zainuddin.
Foto Instagram Zarina Zainuddin.

KUALA LUMPUR – Usia perkahwinan pelakon,  Zarina Zainuddin dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua yang genap 25 tahun pada 13 Julai lalu.

Walaupun nampak bahagia namun banyak rahsia yang tersimpan di sebaliknya.

Zarina menerusi Instagram berkongsi pengalaman hidupnya apabila memberitahu perkahwinan itu dibina atas dasar simpati dan suaminya lebih mementingkan isteri pertamanya.

“Selepas tiga bulan berkahwin, suami saya berkata pada saya, abang kahwin dengan Ina (panggilan Zarina) sebab abang kesian sahaja, kakaklah segala-galanya dalam hidup abang. Lepas kahwin baru abang sedar abang lebih perlukan dia.

 “Saya masih ingat lagi kata suami saya, ‘abang tak nak isteri keluar ikut depan, dia keluar ikut pintu belakang. Kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan bersabar.

“Terima kasih abang… Sabar itu separuh daripada iman,” tulisnya.

Sementara itu itu, Zarina berkata, perkongsiannya itu diharap dapat menjadi pengajaran dalam memahami erti sebenar cinta.

“Anda boleh dapat cinta tetapi anda tidak akan dapat menguasai cinta. Cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja untuk berserah,” ujarnya lagi.

Hasil perkahwinan dengan Raihan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 , Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.

Namun anak kembarnya itu ialah kanak-kanak istimewa autism.

Mengimbau perkahwinannya dengan Raihan, Zarina berkata, walaupun madunya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor memberikan keizinan untuk suami bermadu namun dia sedar hati wanita itu terluka dan hancur. – MalaysiaGazette