Para penyelamat mencari mangsa yang selamat di Tasik Table Rock.

KANSAS CITY, Amerika Syarikat – Seramai 11 orang lemas selepas bot pelancong yang mereka naiki tenggelam di tengah tasik di Missouri.

Sheriff Daerah Stone, Doug Rader berkata, bot tersebut dilaporkan tenggelam di Tasik Table Rock.

Katanya, angin yang kuat dipercayai menjadi punca bot itu tenggelam

Rader berkata, pihaknya sedang berusaha menyelamatkan mangsa yang mana separuh daripada penumpang hilang dan masih belum dikenalpasti.

“Ia akan menjadi malam yang mencabar sehingga lusa,” katanya.

Ahli meteorologi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Steve Linderberg berkata, kelajuan angin 63 batu sejam (101 kilometer sejam) dilaporkan pada pukul 7 malam Khamis di Lapangan Terbang Branson. – Agensi