Ng Lum Yong
Ng Lum Yong

KUALA LUMPUR – Niat Datuk Seri Mohamed Azmin untuk menjadi Presiden PKR, bukan rahsia lagi, kata bekas pengasas parti itu, Ng Lum Yong.

Namun katanya, jika Timbalan Presiden PKR itu nekad untuk bersaing dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pemilihan parti kali ini, Azmin tidak akan mendapat meraih sokongan.

“Azmin Ali memang ada niat untuk sampai ke Presiden.

“Kalau Anwar bertanding Azmin tidak akan jika bertanding, dia akan kalah,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sebelum ini Azmin memaklumkan belum membuat keputusan mengenai jawatan yang ingin ditandinginya pada pemilihan PKR bulan depan.

Walaupun sering dinafikan oleh kepimpinan PKR namun jelas Ng, PKR sejak empat tahun yang lalu terpisah di antara puak yang menyokong Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.

“Perkara ini lebih kurang empat tahun semenjak 2013. Puncanya kerana pendapat yang tidak sama tentang satu-satu isu,” tambahnya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menawarkan diri bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti Ogos ini.

Keputusan itu katanya, diambil selepas berbincang dengan isterinya, Wan Azizah. – MalaysiaGazette