TERKINI : FAMA Hypermarket Akan Diwujudkan – Salahuddin Ayub

Sebuah pasaraya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan dibina di Shah Alam selewat-lewatnya hujung tahun depan.

Langkah itu diambil bagi memasarkan produk keluaran usahawan FAMA, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Menurut beliau, projek perintis (pasar raya) itu diperlukan kerana jenama dan produk FAMA semakin mendapat sambutan rakyat.

“Pasaraya itu juga bertujuan meningkatkan lagi perkhidmatan kita kepada masyarakat dan kita jamin harga yang ditawarkan lebih rendah daripada pasaran biasa,” katanya selepas menghadiri taklimat bersama Timbalannya Sim Tze Tzin di ibu pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini, hari ini.