Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman di Wall Street, yang ditutup tinggi berikutan berita Presiden Donald Trump mendapat konsesi Kesatuan Eropah (EU) untuk mengelakkan perang perdagangan.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.12 mata pada 1,765.90 daripada 1,7663.78 penutup Rabu.

Indeks itu dibuka 4.54 mata lebih tinggi pada 1,760.95.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 184 berbanding 77 dengan 202 tidak berubah manakala 1,466 tidak didagangkan dan 31 yang lain digantung.

Sejumlah 182.15 juta saham bertukar tangan bernilai RM74.48 juta. – BERNAMA