KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden MCA mempersoalkan tindakan Dr Maszlee Malik yang menggunakan bahasa Cina dalam kenyataan media berhubung isu peruntukan kerajaan bagi sekolah persendirian Cina.

Wee Ka Siong berkata, tindakan Menteri Pendidikan itu suatu keadaan yang menakjubkan.

Ini kerana, kata beliau, sebagai seorang menteri, Maszlee tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan media berbahasa Cina sahaja memandangkan ianya bersangkut-paut dengan urusan Parlimen.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menempelak Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang menuding jari kepada UMNO selepas kekalahan parti itu pada pilihan raya baru-baru ini.
Wee Ka Siong

“Kenapa perlu berbuat demikian? Ini adalah perkara serius yang merupakan penjelasan kepada jawapan asal di Parlimen di mana penjelasannya membawa maksud yang bercanggah dengan jawapan asal yang dibentangkan.

“Tindakan sebegini tidak selaras dengan polisi untuk memartabatkan bahasa Kebangsaan, malahan ianya juga disifatkan sebagai tidak menghormati bahasa Malaysia yang merupakan bahasa rasmi kerajaan.

“Yang peliknya kenapa YB Menteri Pendidikan tidak berani membuat kenyataan rasmi dalam bahasa Malaysia atau memperbetulkan jawapan di Parlimen melalui kaedah terbaik iaitu mengemukakan Pernyataan Menteri “Minister’s Statement” dalam bahasa Malaysia di Dewan Rakyat?,” katanya melalui Facebook beliau.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu menambah, Maszlee harus faham bahawa sekolah persendirian Cina tidak terhad kepada pelajar kaum Cina sahaja, sekaligus menunjukkan beliau berfikiran sempit perkauman.

Selain itu, sebagai Menteri Pedidikan, beliau sepatutnya mengamalkan sikap terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan tidak mengamalkan favouritisme dalam menangani isu-isu pendidikan.

Sehubungan itu, tindakan Maszlee yang hanya mengeluarkan kenyataan media dalam bahasa Cina berhubung isu “peruntukan kerajaan untuk sekolan persendirian Cina” juga amat mencurigakan, memandangkan kandungan kenyataan media tersebut adalah jawapan tambahan kepada pertanyaan lisan saya di Dewan Rakyat.

Sewajarnya beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dalam bahasa Malaysia supaya ia turut dapat memberi penjelasan kepada semua rakyat berbilang kaum.

“Pendek kata, Maszlee tidak patut mengeluarkan kenyataan yang sedap didengar masyarakat Cina tetapi bercakap lain pada masyarakat kaum bukan Cina.

“Sekiranya beliau ikhlas dalam mempertingkatkan mutu sistem pendidikan pelbagai aliran di negara ini, termasuklah pendidikan aliran Cina, beliau perlu bersikap terbuka dan telus dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang Menteri Pendidikan yang mewakili semua rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette