Pepsi baharu boleh didapati di semua cawangan pawagam TGV Cinemas di seluruh negara.

KUALA LUMPUR-  Minuman kola terkenal, Pepsi memperkenalkan produk baharu mereka terutama kepada kaki wayang dan ia sesuai tanpa mengira usia.

Melalui kerjasama Pepsi dengan Etika Sdn.Bhd, minuman tanpa kalori itu dijual di seluruh cawangan TGV Cinemas di negara ini mulai semalam.

Keistimewaan air tersebut ialah ia boleh diminum oleh semua golongan kanak- kanak hingga warga emas.

Menurut Naib Presiden Pemasaran Etika, Santharuban T. Sundaram, pihaknya teruja untuk memperkenalkan perisa alaf baharu itu kepada pengguna.

Selain daripada bertih sebagai santapan umum, minuman baharu itu akan menyegarkan penonton wayang  katanya kepada para pemberita semasa pelancarannya di TGV Cinemas Velocity semalam.

Santharuban berkata, air kola itu direka dengan pelbagai saiz termasuk dalam bentuk tin 320 mililiter (ml) ,botol 400ml dan botol 1.5 liter.

Minuman tersebut juga boleh di dapati di kedai runcit, pasar raya, 7 Eleven dan mesin layan diri di stesen-stesen MRT terpilih.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast