Arsenal
Pemain-pemain Arsenal meraikan kejayaan selepas berjaya menumpaskan pasukan PSG pada perlawanan Liga Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di Stadium Nasional di Singapura, malam tadi.

SINGAPURA – Arsenal menang bergaya apabila berjaya menumpaskan Paris Saint-German (PSG), 5-1 pada perlawanan Liga Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di Stadium Nasional di sini, malam tadi.

Skuad kendalian Unai Emery itu memanaskan perlawanan dengan gol pertama jaringan bekas pemain Piala Dunia Jerman, Mesut Ozil pada babak pertama minit ke-12.

Ozil cuba membuat kejutan sekali lagi apabila menyambung sepakan selepas mendapat hantaran Aubameyang namun, berjaya dihalang penjaga gol PSG.

Pekuang demi peluang diperoleh pasukan Arsenal sehingga akhir perlawanan dan PSG mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Timothy Weah ekoran kekasaran pemain pertahanan Arsenal, Sead Kolasinac.

Arsenal memulakan pramusim ini dengan membelasah Boreham Wood 8-0 sebelum tewas kepada pasukan la Liga, Atletico Madrid, 3-1 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1. – MalaysiaGazette