CALIFORNIA – Dua kanak-kanak dan moyang mereka antara lima mangsa yang mati dalam kebakaran di utara California.
Kematian dua kanak-kanak selepas dua anggota bomba meninggal dunia Khamis lalu ketika cuba mengawal kebakaran manakala 17 orang masih hilang.
Beribu-ribu penduduk meninggalkan kediaman masing-masing selepas kebakaran di wilayah Shasta semakin merebak disebabkan angin kuat hingga menyebabkan pokok-pokok tumbang dan kereta terbalik.
Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran dan setakat ini hanya lima peratus sahaja yang berjaya.
Kebakaran yang dikenali sebagai Carr itu telah memusnah sekurang-kurangnya 500 struktur dan mengancam ribuan kediaman.
Lebih daripada 3,400 anggota bomba ditugaskan memadam kebakaran tetapi cuaca panas dan kering sepanjang minggu dijangka menyebabkan keadaan lebih buruk. – MalaysiaGazette