Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin

KUALA LUMPUR – UMNO tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’ dan dikhianati sekali lagi oleh bekas rakan tahaluf siyasinya, Parti Islam Se-Malaysia (Pas) jika parti itu berhasrat untuk ‘rujuk’ dan menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN).

Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, walaupun parti Melayu itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik, namun pengalaman ‘bersama’ dengan Pas bagaikan mimpi buruk.

“Apa niat sebenar Pas nak kembali bekerjasama dengan UMNO? Adakah Pas benar-benar ikhlas bersama UMNO semula?

“Kita pernah bersama dengan Pas waktu MN dahulu, namun di saat akhir, UMNO ditikam Pas hingga menyebabkan kami kalah teruk selepas diasak kiri dan kanan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Pas sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik, selagi mana dasar parti terbabit tidak bertentangan dengan Pas yang berpaksikan Islam.

Afnan Hamimi berkata, pendirian Pas sejak dahulu tidak berubah dan sering ditegaskan oleh Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut Tengku Azman, UMNO perlu lebih berhati-hati dengan sikap parti Islam itu yang pernah berpaling tadah hingga merugikan tahaluf siyasi yang terbina sebelum ini.

“Kali ini jika Pas mahu bekerjasama semula, UMNO kena lebih berhati-hati supaya tidak kena ‘main’ dengan Pas,” katanya.

Katanya lagi, hasrat Pas itu tidak wajar disandarkan kepada alasan kononnya Islam terancam dan kepentingan Melayu sedangkan niat sebenarnya untuk menguburkan UMNO di negara ini.

“Walaupun UMNO tidur sebantal, tapi malam-malam UMNO tak pergi ke rumah Pas untuk tikam waktu dia tengah tidur.

“Apa jaminan Pas tidak akan tikam UMNO semula kalau bersama nanti? Pengalaman UMNO bersama Pas cukup mengerikan, sebelum PRU15, Pas buat pusingan U, kita sangka Pas kawan, rupanya musuh dalam selimut,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Pas boleh kerjasama dengan UMNO yang tidak mahu kepentingan kuasa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Mat ni sembang pakai lutut ka. Cek fakta dulu mat sblm merepek. Masa dgn MN umno kalah teruk? Walhal hampa yg lupa diri lepas menang PRK, sampai kalut minta PRU cepat2. Sbb ingat diri sendiri dah kuat. Tgk la result PRU lepas korang keluar MN..menang ka kalah mat? Level fikir idea sambil berak pun MG g interview kah?

Comments are closed.