KUALA LUMPUR – Forum yang mahu mengiktirafkan komunis, bertajuk ‘Malayan Emergency’ yang diadakan Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor hari ini kecoh apabila beberapa hadirin melahirkan rasa tidak puas hati dengan isi kandungan perbincangan tersebut.

Ahli panelis iaitu Fadiah Nadwa dan Fahmi Reza di soal bertubi-tubi tentang tajuk ‘Should We Rewrite Our History Textbooks’ yang dikendalikan oleh moderator, Imran Rasid.

Rata-rata mereka berasa berang mengapa seolah-olah perjuangan komunis dijulang walaupun sehingga kini kumpulan itu dianggap sebagai pengganas. -Malaysia Gazette