Kementerian Luar Negeri di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Malaysia telah berjaya dilantik semula sebagai ahli Governing Board Asian Organization of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) bagi penggal 2024 hingga 2027.

Sesi pemilihan telah diadakan semasa Perhimpunan ASOSAI yang ke-16 di New Delhi, India pada 27 September 2024, kata Kementerian Luar Negeri.

Menurutnya, Malaysia telah berjaya memperolehi satu kerusi ahli Governing Board ASOSAI daripada jumlah tujuh kerusi yang dipertandingkan, dengan meraih undian tertinggi sebanyak 34 undian daripada keseluruhan 48 Ahli ASOSAI.

Negara lain yang telah dilantik sebagai ahli Governing Board ASOSAI bagi penggal yang sama adalah Korea, Emiriah Arab Bersatu, Azerbaijan, Kazakhstan, Pakistan dan Filipina.

ASOSAI bertujuan untuk menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara negara anggota dalam bidang pengauditan sektor awam.

Sebagai anggota pengasas ASOSAI, Malaysia terus komited untuk meningkatkan kualiti dan impak dalam bidang pengauditan sektor awam. Malaysia diwakili oleh Jabatan Audit Negara dalam ASOSAI. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast