Menteri bertanggungjawab Dr Maszlee Malik berkata cadangan itu perlu diteliti sedalamnya termasuk melihat daripada sudut keselamatan serta prasarana teknologi yang ada.
Dr Maszlee Malik

KLANG – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meminta pengamal media tidak bertanya mengenai isu peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) dan program MyBrain.

Menolak sebarang pertanyaan berhubung kedua-dua isu, Maszlee yang hadir dalam Program Kesihatan Percuma di Sekolah Rendah Agama Ainani berkata, beliau berada di situ untuk menyokong calon Pakatan Harapan, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

“Hanya komen mengenai PRK sahaja,” katanya.

Maszlee sebelum ini dibidas oleh DAP kerana memberitahu dalam jawapan bertulis di Parlimen bahawa kerajaan tidak akan memberi peruntukan kepada SMPC.

Ini kerana Pakatan Harapan menyokong SMPC dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu.

Jawapan bertulis itu bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam)

Susulan kritikan daripada Wong Kah Woh (DAP-Ipoh Timur), Maszlee berkata, kerajaan akan menyediakan peruntukan kepada SMPC.

Bagaimanapun, berhubung penangguhan program MyBrain, beliau memberitahu akan membuat kenyataan nanti.

Dalam satu program baru-baru ini, Menteri Pendidikan itu berkata, program pembiayaan bagi pendidikan lanjutan untuk Sarjana dan Doktor Falsafah akan ditangguhkan disebabkan kekangan kewangan kerajaan.

Berikutan itu, pelbagai pihak mempertikaikan keputusan Maszlee yang menangguhkan MyBrain tetapi menyalurkan bantuan kepada SMPC. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast