Henri Le Masne,

ROME – Pemain ski yang hilang di Itali lebih 60 tahun lalu akhirnya dikenal pasti selepas kisahnya dikongsikan di laman sosial.

Mayatnya, perkakasan ski dan cermin mata yang ditemui pada tahun 2005, di sebuah kawasan lembah di rantau Aosta, Itali.

Bagaimanapun, para penyiasat tidak dapat mengenal pasti mangsa.

Perkara itu dikongsi di Facebook dan sebuah keluarga di Perancis telah memadankan cermin mata tersebut hingga mencetuskan siasatan forensik.

Barang-barang itu ditemui 3,000 meter di kawasan tinggi Banjaran Alps, dekat sempadan Switzerland.

Terdapat beberapa petunjuk mengenai identiti lelaki itu – seperti pakaian bersulam dengan huruf ringkasan dan ski kayu, yang pada masa dulu harganya mahal – tetapi penyiasat tidak dapat petunjuk.

Mayat lelaki yang memiliki ketinggian kira-kira 1.75 meter dan berumur 30 tahun, dengan kematiannya mungkin berlaku pada musim bunga, kata Marinella Laporta, seorang penyiasat unit polis forensik di Turin.

Pada bulan Jun, penemuan pendakwa Aosta dikongsi di media sosial dengan merayu pembaca menyebarkan maklumat, terutama di Perancis dan Switzerland.

Kisah itu dilaporkan oleh media Perancis dan ia menarik perhatian Emma Nassem yang mencurigai kemungkinan lelaki itu adalah pakciknya, Le Masne yang hilang semasa meluncur salji dekat Matterhorn di sempadan Switzerland pada tahun 1954.

Adik lelaki, Masne, Roger, yang kini berusia 94 tahun kemudian membalas emel dengan menyatakan secara terperinci mengenai abangnya yang hilang.

“Saya adik kepada Henri Le Masne, seorang peluncur salji yang hilang 64 tahun lalu. Beliau masih bujang dan seorang berdikari. Dia bekerja di Kementerian Kewangan Perancis,” menurut emel itu.

Polis berkata, gambar yang dikemukakan oleh keluarga itu padan dengan cermin mata yang ditemui.

Dan, ujian DNA yang dijalankan mengesahkan identiti mangsa. – MalaysiaGazette