SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan cuaca hujan sebelah pagi pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis 4 Ogos ini.
Menurut METMalaysia, suhu pada pagi itu mencecah antara 26 hingga 29 darjah celcius, manakala waktu petang cuaca dijangka kembali cerah dengan jangkaan suhu 30 hingga 32 darjah celcius.
Sehubungan itu, orang ramai dan pengundi dalam DUN Sungai Kandis boleh melayari laman web www.met.gov.my untuk mengetahui ramalan cuaca sepanjang tempoh hari pengundian. – MalaysiaGazette