Zaha bakal berhijrah ke Stamford Bridge selepas menolak kontrak baharu dengan Crystal Palace

ENGLAND – Nampaknya Chelsea bakal memenangi persaingan untuk membeli bintang Crystal Palace, Wilfried Zaha.

The Eagles tidak sanggup kehilangan pemain itu musim ini dan sudah menawarkan gaji 125,000 pound seminggu untuk memastikan Zaha kekal di Selhurst Park.

Bagaimanapun bekas pemain Manchester United itu menolak tawaran kontrak baharu oleh Crystal Palace.

Chelsea kini bersedia menawarkan gaji lumayan yang diharapkan Zaha ke Stamford Bridge.

Palace tidak akan menjual bintang antarabangsa Ivory Coast itu kecuali tawaran besar hadir untuk pemain tersebut.

Everton juga pernah mencuba untuk mengikat khidmat Zaha namun ditolak.- MalaysiaGazette