Mohd Ismawi Ismail
Mohd Ismawi Ismail

SHAH ALAM – Seorang pesara tentera membuat larian solo dari pejabat UMNO Bahagian Petaling Jaya ke Pusat Kawalan Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis petang ini.

Koperal (B) Mohd. Ismawi Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Mawi Black Commando membuat larian itu sebagai usaha untuk memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat mengenai jasa kerajaan BN membela nasib rakyat.

Beliau yang memulakan larian sejauh kira-kira 30 kilometer pada jam 3 petang ini dan dijangka sampai ke pusat kawalan BN jam 9 malam ini.

“Saya lakukan larian ini sebagai simbolik saya untuk mengucapkan terima kasih mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan BN atas pemansuhan kutipan Tol Batu 3 dan Tol Sungai Rasau.

“Larian ini juga serentak dengan sambutan hari ulangtahun Rejimen 21 Gerup Gerak Khas ke-53 pada 1 Ogos lalu dan tanda mengenang jasa bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang mengilhamkan penubuhannya,” katanya di sini, hari ini.

Beliau dijangka menamatkan larian di restoran makanan segera di Taman Sri Andalas dan akan disambut oleh calon BN, Datuk Lokman Noor Adam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast