Nasharudin Tajudin
Nasharudin Tajudin

KUALA LUMPUR – Bekas penyampai berita TV3, Nasharudin Tajudin menerima nasib malang apabila kediamannya di Seksyen 20, Shah Alam musnah dijilat api.

Turut musnah dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang tadi, dua buah kereta jenis Hyundai miliknya.

Kebakaran itu mengakibatkan hampir 80 peratus rumah Nasharudin hangus.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 15 Shah Alam, Azmel Kamarudin, berkata, dipercayai kebakaran terbabit bermula dari bahagian hadapan rumah.

Katanya, api terbabit merebak ke kawasan bumbung dan menyebabkan bumbung itu runtuh.

“Keadaan kawasan dalam rumah tidak terbakar tetapi ia rosak teruk disebabkan atap yang runtuh.

“Bahagian tepi bumbung rumah jiran sebelah mangsa juga terbakar sedikit. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan. – MalaysiaGazette