Arturo Vidal.

LONDON – Impian Barcelona untuk memiliki Arturo Vidal akhirnya tercapai apabila kelab itu telah mencapai persetujuan untuk dengan Bayern Munich.

The Guardian melaporkan, Barca bersetuju  dengan nilai perpindahan sebanyak 27 juta pound selain syarat peribadi bersama pemain antarabangsa Chile itu.

Dia akhirnya dilepaskan Bayern untuk berpindah ke Nou Camp.

Vidal menjadi pemain keempat tiba di sana musim ini selepas pemain sayap Malcom, Arthur (tengah) dan Clement Lenglet (pertahanan).

Vidal menyertai Bayern pada tahun 2015 dari Juventus dan membantu menjuarai tiga trofi Bundesliga bersama kelab itu. – MalaysiaGazette