Andy Murray tarikh diri dari aksi suku akhir Tenis Terbuka Citi, Washington DC kerana

WASHINGTON- Andy Murray menarik diri daripada kejohanan Tenis Terbuka Citi semalam.

Juara tiga kali Grand Slam itu sepatutnya beraksi dalam Suku Akhir kejohanan itu.

Bagaimanapun Murray berkata, dia terpaksa menarik diri daripada beraksi dalam suku akhir selepas penat bermain sehingga lewat malam Jumaat.

Aksi pusingan ke-16 hanya tamat pukul 3 pagi tadi dan Murray perlu bersiap untuk aksiĀ  suku akhir itu hari ini menyebabkan pemain berkenaan kecewa.

Kalau ikutkan, Murray akan berdepan Alex de Minaur pada malam ini.

“Saya dah penat setelah beraksi terlampau lama selama empat hari lepas.

“Saya juga perlu berhati-hati dan menjaga kesihatan memandangkan baru sahaja kembali pulih dari kecederaan tempoh panjang,” katanya dalam kenyataan terbaharu yang disiarkan laman web rasmi ATP.

Katanya, dia tak larat untuk meneruskan rentak pada suku akhir dan berterima kasih kepada penganjur dan penyokongnya.

“Saya mengambil secara positif perkembangan ini dan mahu berehat dengan secukupnya.

“Akan kembali semula menjelang kejohanan terbuka Cincinnati,” katanya.

Pengarah kejohanan, Keely O’Brien berkata, dia menghormati keputusan Murray dan sedia maklum mengenai tahap kesihatan dan proses pemulihan yang menjadi keutamaan pemain itu.

Murray juga dijangka tidak akan beraksi dalam Piala Rogers di Toronto sebaliknya akan membuat persiapan dan kembali menjelang Terbuka Barat dan Selatan bermula 13 Ogos di Cincinnati. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast