Petugas SPR, Arba’inah Mohamd Sapari menyusun penghadang tempat mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan Klang Jaya, Klang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 03 OGOS 2018
Petugas SPR, Arba’inah Mohamd Sapari menyusun penghadang tempat mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan Klang Jaya, Klang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 03 OGOS 2018

SHAH ALAM – Hari ini 4 Ogos merupakan hari pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis. 

Pilihan Raya Kecil (PRK) ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam, PKR Zawawi Ahmad Mughni dan Bebas K. Murthy. 

Dijangkakan 51,217 pengundi bakal menunaikan tanggungjawab hari ini menerusi 19 pusat mengundi dengan 109 saluran yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Semua  pusat mengundi mula dibuka bermula 8 pagi dan bakal berakhir pada 5.30 petang.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Untuk rekod, Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerusi Sungai Kandis menyaksikan pertembungan empat penjuru apabila allahyarham Shuhaimi mempertahankan kerusinya dengan mengalahkan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari, Mohd Yusof Abdullah mewakili PAS manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Hanafiah Husin. 

Allahyarham  memenangi 23,998 undi, dengan majoriti undi sebanyak 12,480, mengalahkan Kamaruzzaman (11,518 undi, Mohd Yusof (7,573 undi) dan Hanafiah yang memperolehi 76 undi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast