TERKINI : PDM N.49 Sungai Kandis Ditutup Untuk Pengundi

Tepat 5.30 petang, kesemua 109 saluran PDM bagi Pilihanraya Kecil DUN Sg Kandis telah ditutup untuk pengundi.

Walaubagaimanapun, pihak Suruhanjaya Pilihanraya mengesahkan hanya 48% daripada 51, 217 pengundi yang layak mengundi keluar untuk mengundi pada hari ini.

Kini kesemua kertas undi sedang dikira dan akan dibawa ke Pusat Penjumlahan undi di Dewan Besar Tanjung ini di mana keputusan akan diumumkan.

Kami juga telah mendapat makluman bahawa kertas undi pos telah dibawa masuk ke Pusat Penjumlahan Undi ini kira-kira pukul 6 petang.